Kamu keseorangan, dalam
kegelapan, tidak tahu ke mana mahu di tuju, tiada siapa yang mahu
menunjuk jalan. Kaki kamu patah, kamu tak mampu berdiri apatah lagi
berlari, kamu cuma mampu duduk. Kaku. Diam.
Kesakitan,
kesepian, hidup dan mati, sentiasa berlegar-legar sekeliling kita.
Tiada siapa antara kita yang hidupnya bebas dari masalah atau kesulitan.
Orang kaya dengan masalah mereka, orang miskin juga ada masalah. Orang
bijak dengan masalahnya dan orang bodoh pula dengan masalahnya yang lain
pula. Ah~ Pendek kata, semua dari kita pasti ada masalah masing-masing.
Dan seandainya.. kita tahu dan yakin, percaya bahawa Allah tiada bersama kita. Bagaimana agaknya resah, desah, sakit, perit, pedihnya jiwa kita ini?
Mahu mengadu tapi kepada siapa? Siapa yang sudi mendengar? Siapa yang rela bersama kita setiap masa? Siapa yang lebih mengetahui betapa pecah retaknya hati kita?
Parahlah jiwa kita andai kita lupa, andainya kita tidak tahu, Allah sentiasa ada bersama kita. Setiap detik waktu desah nafas kita, Dia mendengar dan melihat. Dia tahu apa yang kita lafazkan, bahkan segala yang terbuku di hati kita.
Kita mahu meminta dan memohon, tapi kepada siapa? Allahu.. jadilah kita seorang yang sentiasa putus harapan, tunduk dan tewas dengan segala dugaan mendatang, andai kita lupa dan tidak tahu, Allah sentiasa ada bersama kita. Kita ibarat layang-layang yang putus talinya. Berserah nasib kepada sang angin semata-mata dan akhirnya kita akan jatuh ke tanah. Lemah, tiada kekuatan. Tiada semangat juang.
Teringat kenangan pada pertengahan tahun di tingkatan empat, di dinding bilik saya, saya tulis dan tampalkan.. " Allah Ada Bersamaku". Sungguh, perasaan yakin Allah ada bersama saya mampu memberi seribu satu azimat buat saya. Alhamdulillah.

No comments:
Post a Comment