.
“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."
Friday, 31 August 2012
Sifat Pemalu Rasulullah SAW~
Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud: “Iman itu mempunyai tujuh puluh cabang atau
enam puluh cabang, maka yang paling utama ialah ucapan Laa ilaha
illallah (Tidak ada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah) dan yang
paling rendah ialah membuang duri dari jalan dan sifat malu ialah satu
cabang dari iman.”(al- Baihaqi). Di dalam perjalanan manusia sebagai
hamba untuk mendekatkan diri kepada-Nya, ‘rasa malu’ merupakan tangga
yang pertama. Maka, masih sangat jauh sebenarnya kita daripada kewujudan
rasa cinta kepada Allah. Rasulullah sekalipun mempunyai rasa malu
terhadap Allah SWT. Ia terserlah dalam kisah Mi'raj baginda iaitu di
saat Rasulullah menerima perintah secara langsung agar umatnya
mengerjakan solat. Di peringkat awalnya, Allah memerintahkan solat
sebanyak 50 kali dalam sehari. Baginda menyanggupinya, namun nabi dan
Rasul lain yang ditemui dalam perjalanan mikraj tersebut menasihati
bahawa tugas itu terlalu berat bagi umat Muhammad. Lantas baginda
meminta keringanan sehingga bilangan solat dikurangkan kepada lima kali
sehari. Saat itu, baginda diingatkan sekali lagi bahawa solat lima kali
sehari pun masih terlampau berat. Namun, baginda berasa amat malu untuk
kembali meminta keringanan daripada Allah SWT. Inilah contoh sifat malu
yang ada pada diri baginda. Malu untuk mengurangi nilai pengabdian
seorang hamba terhadap Tuhannya. Namun kita selaku umatnya tidak pula
mempunyai rasa malu mengabaikan perintah solat tersebut dan juga
ibadah-ibadah yang lain? Begitulah manusia, lazimnya hanya merasa malu
untuk urusan duniawi di hadapan manusia, bukan urusan keakhiratan di
hadapan Tuhan. Kita tidak merasa malu dengan dosa yang berbukit yang
pernah kita lakukan. Malah mungkin tidak pernah terdetik rasa enggan
kita untuk bertemu Allah lantaran merasa malu di atas segala kejahatan
yang dilakukan yang tak pernah luput dari pernglihatan Nya? Sesungguhnya
kita benar-benar tidak tahu malu. Abdullah Ibn Mas’ud r.a meriwayatkan
bahawa Nabi SAW bersabda: “Orang yang malu kepada Allah dengan sepenuh
malu adalah orang yang menjaga kepalanya dari isinya, menjaga perutnya
dari segala rezeki tidak halal, selalu mengingati kematian, meninggalkan
kemewahan dunia dan menjadikan perbuatan akhirat sebagai hal yang lebih
utama. Sesiapa yang melakukan semua itu, maka ia telah malu kepada
Allah dengan sepenuh malu”
.
.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Muslimah yang solehah itu umpama ANGIN yang lalu, mereka hadir tanpa disedari, tetapi kehadiran mereka itu mendamaikan hati
No comments:
Post a Comment