ASSALAMUALAIKUM WBT
Hari ini adlah hari terakhir kita b'puasa pd thun ini..kalau buleh ana nk lg berada di dlm buln yg pnuh dngn kemuliaan ini..ya Allah,sedihnya diri ini mninggalkn bulan Ramadhan pd thun ini...ya Allah.. (T_T) Walau apepun ana sngt b'syukur dn hnya mampu mngucapkan ucpan tahmid "Alhamdulillah",kerana masih diberikan nikmat untuk terus menjalani ibadah puasa. Semoga ramadhan kali ini lebih baik dari ramadhan sebelumnya. Aamiin ya Allah.. Mungkin ramadhan kali ini merupakan ramadhan terakhir untuk kita semua. Wallahuallam.. Semoga Allah menerima amal ibadat kita sebelum dan selepas ramadhan ini serta merahmati kita selalu..Aamiin~
...........................................................................................
CINTA RAMADHAN
Ramadhan sudah sampai diperhujungnnya, ramai sedang sibuk dengan persiapan raya hingga lupa sebentar tentang ramadhan yang bakal pergi. Shopping complex sudah penuh dengan umat islam yang sedang berpusu-pusu menyediakan kelengkapan raya. Promosi sana sini, hingga yang berbelanja melebihi selalu. Persiapan raya disiapkan saban hari namun tiada peningkatan pada iman dan amal. Seolah-seolah bergembira dengan ramadhan yang akan melabuhkan tirai.. (T_T)
Fasa ramadhan dijalani dengan tiada peningkatan dan perubahan yang mampu di lakukan. Kita lebih mencintai syawal berbanding ramadhan yang penuh barakah.
Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasibmalang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."
Jadi nikmat Allah mana lagi yang perlu kita dustakan?? Jangan biarkan ramadhan ini pergi tanpa kita mengaut kebaikan dan rahmat darinya.. (T__T)
Rasa sedih kerana bulan ramadhan semakin jauh dan bakal pergi. Semoga kita sama2 dapat memanfaatkan dengan sebaiknya. Ameen ya Allah.



No comments:
Post a Comment