“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."

Saturday, 4 May 2013

I'll Be Waiting For U ....

Adik…,
tersangatlah rugi apabila seseorang itu terpilih untuk diberi hidayah oleh Allah,
and then she/he just walk away like nothing happened.
“Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah membela agamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”    (9:39)
Allah dah bagitau kita awal2 dik,
kalo kita jual mahal and taknak membela agama Dia,
Dia bukan sahaja akan mengazab kita dengan azab yang tak ter’imagine’ sakitnya,
malah dia akan gantikan kita dengan orang lain.
Dan Dia sedikitpun tidak rugi dengan ‘pelarian’ kita.
Sebaliknya, kita yang rugi….
Dan di akhir ayat itu Allah ingatkan kita yang dia Maha Kuasa terhadap tiap-tiap sesuatu.
Dia Maha Kuasa terhadap diri adik, terhadap kecintaan adik, dan segala apa yang ada pada adik…
Takde apa yang ada pada diri kita ni kan dik,
kalo Allah dah tak suke kita….
Adik…,
bila hidayah datang menyapa,..
ia perlu dijaga, dibaja dan disiram agar menjadi akar kuat yang boleh menyokong ‘pembesaran’ kita..
jangan buat endah tak endah..
jangan buat seperti tiada apa-apa yang berlaku,..
takut-takut Allah dah tak pilih kita untuk kali kedua…
takut-takut kita mencabar kemurkaan Allah…
Adik………..,
akak ade je kt sini… kalo adik nak akak terjun sekali and tarik adik pon akak tak kisah…
akak rela…
sebab akak sayang sangat kat adik..
sayang tak tau dah nak cakap cane… (T_T)
Adik,…..
tiada orang yang sempurna…
semua orang ada kisah silam kelam masing-masing…
tapi bukan itu yang Allah tengok…
Allah nak tengok sama ada kita berusaha untuk membersihkan sisa-sisa lumpur tu,..
atau kita terus selesa berendam dalam kedinginan dan ‘kewangian’ lumpur tu..


*P/S :- Akhawat msti jge solat dn lidah
"Peringtn buat semue akhawat "
Uhibbuki Fillah

No comments:

Post a Comment


Muslimah yang solehah itu umpama ANGIN yang lalu, mereka hadir tanpa disedari, tetapi kehadiran mereka itu mendamaikan hati