Sapaan DariNya
Bismillahhirrahmanirrahim..
Wahai ujian,
Aku izinkan kau bertandang,
Andai ianya tarbiyah dari ALLAH,
Untuk sampaikan padaku,
Akan hal nikmat kehidupan,
Duhai airmata yang mengalir,
Titislah dikau kerana bahagia,
ALLAH itu teramat rindukanmu,
Untuk mengadu hanya padaNYA yang Satu..

Aku Menulis KeranaNya

Semangat
Hakikatnya diri ini hanyalah seorang insan biasa,
Insan biasa yang bernama manusia,
Manusia yang takkan bisa lari dari melakukan kekhilafan,
Dalam menjalani teater wayang pengembaraan kehidupan..
Aku hanyalah sang pengembara,
Yang adakalanya hauskan cinta,
Di saat perhentian ditugu sebuah kehidupan,
Dalam merentasi arus di bumi gersang..
Allah sangat baik

Teratak Pena
Jika
kita bisa melakukan apa sahaja untuk memiliki wang untuk meneruskan
kehidupan di dunia ini, mengapa tidak untuk mendapatkan pahala? Carilah
jalan walaupun sekecil-kecil perbuatan untuk mendapatkan ganjaran pahala
dari ALLAH. Hidup di dunia ini hanya sekali. Jalanilah sebaiknya.
Pilihlah jalan yang bisa membahagiakan kita. Langkah kita ini ada dua.
Selangkah ke syurga, selangkah ke neraka. Mana satu pilihan kita?
Mahukan dunia? Ah, sudahlah. Hentikan omong kosongmu itu. Berhenti dari
meletakkan dunia di dalam hatimu. Dunia ini tidak akan kekal. Tidak,
tidak dan tidak. Sahabat sayang, enjoylah di dunia ini. Ya, tidak ku
nafi kita hanya miliki peluang ini hanya sekali. Namun enjoylah untuk
mencari pahala, bukan menambah dosa. Usah diturut akan naluri nafsumu.
Sampai kau mati pun, nafsumu itu takkan bisa puas, jika segalanya hanya
berpaksi dunia semata-mata.

Duniaku

Kasih Allah
Cuba
kita renung seketika. Kita tahu bukan saat kita disapa ujian dari
ALLAH, bererti ALLAH rindukan rintihan kita? ALLAH rindukan kita beralih
perhatian padaNYA. Kan? Tatkala mak dan ayah kita ucap, "Nak, mak dan
ayah rindukan kamu nak.." Apa perasaan kita, teruja bukan? Sama juga
jika seorang anak melepaskan kata rindu pada ibu dan ayahnya. Pasti
mengalir airmata tanda terharu. Seronok, bahagia hati mengenangkan ada
yang merindukan kita. ALLAH rindukan kita? ALLAH. :') Wajib sekali kita
merasa teramat bersyukur, beruntung, bahagia yang tiada terkata. Meski
hati parah dirobek sembilu fana dunia, namun bila mengenangkan ALLAH
merindukan kita, terubat dengan sendirinya. Tangisan yang teriring
dengan senyuman. InsyaALLAH. :')
TUHAN,
Tarikkan aku dalam irama cintaMU,
Tanpa melodi gurindam asyikan dunia,
Larutkan aku dalam lautan maghfirahMU..
CeritaHati:
Adakah kau datang sebagai ubat cintaku atau sakaratul maut cintaku?
Senyum itu adalah anugerah percuma dari ALLAH. Sia-sia dan rugi kalau
tak gunakannya. :)
NotaKaki
: Subhanallah, alhamdulillah, allahhuakhbar. Buat kakak-kakak,
adik-adik, sahabat-sahabat tersayang, ana tahu ada yang bakal melangkah
ke alam "baitul muslim". Mabruk deh untuk kalian. Moga segala ikatan
yang bakal dibina akan berkekalan hingga ke syurga. :)
~*~Saat
rindu mula menguntum, dengan segera ku usir jauh, pada TUHAN ku
meminta, agar gumpalan itu tiba pada saatnya..

No comments:
Post a Comment